Sabtu, 28 Julai 2018

Sekolah Menengah Part 2

Hai,ok hari ni aku nak cerita selepas masuk sekolah menengah lak...

Masa hari daftar memang tak percayalah jodoh Rizzah dengan Asraf ni kuat,memang ibu and ayah Asraf da kenal Rizzah amik buku pon dorang and sorang lagi kawan dorang Emman...Masa hari pertama sekolah mereka memang 3 orang jek,tapi Emman selalu tak datang sebab dia kan baru lepas excident nak nak patah kaki kan..Bila da lama sikit semua jadi peramah nak nak Asraf,tapi Rizzah dengan Emman kurang sebab dorang rapat dengan budak kelas jek tak rapat sangat dengan budak kelas lain..Tapi bulan 6 Rizzah perasan Syaidatul ni ,kalau budak laki lain buat perangai dia punya marah lain macam tapi bila Asraf buat perangai dia cakap elok elok jek sama juga dengan Azriena...Pada suatu hari Rizzah berkumpul 3 orang dengan Syaidatul dan Azriena lalu bertanya kepada mereka bahawa dorang sukakan Asraf ke?? Tapi dorang geleng...Tapi Rizzah tak puas hati, Rizzah pun cakap 'aku kenal Asraf dari PRA,jadi aku tahu siapa suka dia dan siapa tak suka dia'... Tapi Syaidatul dan Azriena cakap 'abis ape kene mengene dengan kita orang' lalu Rizzah menyapuk perangai kau orang membuatkan aku tahu yang kau orang sukakan Asraf. Tetiba mereka bertanya kepada Rizzah 'kau kenal Asraf kau takde hati ke kat dia ??' "hidup perlu move on takkan aku nak sukakan dia sampai dia kahwin nanti " kata Rizzah." Tapi aku tengok Asraf macam sukakan kau!" kata Azriena " Tak lah Asraf dah berpunya" kata Rizzah..Syaidatul " mana kau tahu" tetapi Rizzah begitu pantas berkata bahawa dia tahu semua tentang Asraf dan Asraf tahu semua tentang dia,walaupun hakikatnya tidak pon.. Setelah beberapa bulan Syaidatul dan Azriena merasa geram kerana Asraf tidak pernah melayan mereka sebaik mana dia melayan Rizzah,dan melayan Rizzah dengan nakal nakal manja berbanding dengan mereka... Syaidatul dan Azriena juga merasa hairan kenapa Rizzah tidak pernah marah Asraf walaupun Asraf selalu minum airnya ketika penat lalu mereka pon bertanya kepada Rizzah...Tetapi hanya menjawab "aku tak minum air liur dia,dia jek minum air liur aku kerana aku jek minum kene mulut sedangkan Asraf tidak".. Lalu mereka bertanya kembali benarkah Rizzah telah move on kalau benar bagilah cara nye... Rizzah cuma membalas "korang Asraf kawan sahaja dan jangan pernah menganggapnye lebih... Lalu mereka pon move on.. Setelah masuk ke form 2,Asraf semakin ramai peminat yang dari form 1,form 2,dari kelas sediri dan lain lain lagi..sehingga Asraf mendapat coklat,surat dan sebagai nye dan ada juga yang meminta nombor telefon nya...Walaupun Asraf tidak layannya,tapi makanan yang dia dapat,dia akan berkongsi dengan rakan sekelas,lebih lebih lagi Rizzah dan Aidit..Pada tahun itu,Rizzah telah meminati seorang seniornya iaitu Aman.. Rizzah meminati Aman kerana Aman suka melakukan lawak bodoh nye dan suka mengikuti ape yang dicakapkan Rizzah setiap kali latihan rumah sukan.. Disebabkan Asraf dan Aidit juga rumah sukan yang sama dengan Rizzah maka mereka tahu bahawa Rizzah telah jatuh hati dengan seniornye.. Malah Asraf dan Aidit membantu Rizzah untuk lebih dekat dengan Aman turut dibantui oleh Eirah dan Eila iaitu kawan baik Rizzah.. Tapi setelah mercu koku pada bulan 8,Rizzah dapat tahu Aman telah bercinta dengan juniornya iaitu Ida... Asraf berkata "kekadang orang yang kita cintai tidak dimiliki tengok macam aku,aku tahu kau sayang aku tapi kau tak cintai aku dan aku sentiasa ada disamping kau"... Tanpa disedari Syasya sentiasa memerhati kerana dia juga meminati Asraf mungkin terlalu marah dan jealouse,dia menyuruh Syaidatul memberi Warning kepada Rizzah...Walaupun Syaidatul tahu Rizzah dan Asraf terlalu rapat,dia memberitahu kepada Rizzah jangan terlalu rapat dengan Asraf kerana Syasya akan melakukan perkara buruk terhadap Rizzah..Asraf berjumpa Syasya dan berkata Syasya tiada hak untuk halang apa yang Rizzah buat dengannya dan menyatakan dia benci orang macam Syasya. Ini menyebabkan Syasya bertambah benci terhadap Rizzah kerana selalu Asraf selalu membelanya.. Semasa form 3 Asraf dan Aidit berpecah ke kelas lain manakala Rizzah dan kawan baiknya ke kelas lain dan Syasya ke kelas lain.. Pada waktu itu Syasya telah bercinta dengan pelajar sekolah lain.. Pada awal tahun Rizzah selalu dikacau oleh Hisyam yang masih menunggu cintanya dibalas oleh Umairah..  Seringkali diganggu,Rizzah telah diejek oleh kawan kawan "Hisyam" sehingga Rizzah menjadi meluat,hari bersilih ganti Rizzah menjadi suka kepada Hisyam.Tetapi kali ini,Rizzah tidak memberitahu Eirah dan Eila kerana dia tahu,kalau dia bagi tahu dia akan terkene... Sehingga suatu hari aku terdengar Rizzah berdoa " Ya Allah Ya Tuhan ku,kalau benar Hisyam jodohku dekatkan la sentiasa dia bersamaku,dan kalau dia bukan jodohku jauhkan la perasaan ini daripada ku sesungguhnya aku tidak sanggup menyintai milik orang" selang 2 bulan,Rizzah berubah menjadi seperti musuh dalam diam Hisyam..Dan pada itu juga kawan kawan Hisyam suka memanggil "Rizzah" dan setelah Pt3 cinta Hisyam diterima oleh Umairah...Setiap tahun lepas pt3 memang ade pertandingan setiap kelas..Setiap kali Eirah ke kantin dia selalu terdengar orang memanggilnya dan berkata"kirim salam kepada Rizzah" walaupun Eirah tidak pandang..Dan minggu terakhir persekolahan Umairah selalu menjeling Rizzah dan ada yang berkata bahawa Umairah takut Hisyam dirampas oleh Rizzah sehingga kini la perangainya terhadap Rizzah..Setelah masok ke tahun baru ini,Asraf telah bercinta dengan Era,Rizzah mula jatuh hati terhadap Irfan,kawan baik Hisyam ini mungkin kebaikan,kerajinan,kepandaian dan keimanannya yang terjaga.. Terus aku mendengar doa Rizzah seperti mana dia berdoa ketika jatuh cinta terhadap Hisyam,tetapi kali ini berbeza sedikit kerana doa kali ini Rizzah menitiskan air mata dan berkata "aku tidak untuk menyintai seseorang yang seperti Irfan pada masa ini"...Walaupun Rizzah selalu berhadapan dengan Irfan,Rizzah tetap dengan pendirian untuk membuang perasaan cintanya dalam masa sebulan sahaja...Setelah jamuan raya di sekolah,Rizzah telah pergi ke kem KB..Rizzah telah berjumpa seorang yang seperti mana perangai Irfan yang menunjukkan perbezaan hanya Irfan tidak pernah tegur ape kesalahan Rizzah tetapi budak itu menegur dan memarahi Rizzah agar tidak melakukannya lagi,budak itu juga care terhadap Rizzah tetapi Rizzah tidak pernah timbul sesuatu perasaan pun sehingga la pada hari terakhirnya di kem..Dia merasakan agar taknak balik ke sekolah dan berjumpa lagi dengan lelaki itu,kerana dia tidak tahu namanya...Setelah seminggu balik dari kem,Rizzah mendapat follower yang bernama Haziq dan profile nya serupa dengan budak lelaki di kem tersebut...Lalu Rizzah follow back dan stalk Haziq,ternyata dia ialah budak lelaki di kem itu..Tapi,ternyata budak itu mempunyai makwe...Rizzah menjadi dedau sentiasa apabila melihat story atau gambar yang di post Haziq... Rizzah selalu berdoa " Ya Allah,sesungguhnya aku berdoa dan memohon lagi...kuatkan lah hatiku Ya Allah.. Aku benar benar mohon Ya Allah kalau benar dia jodoh aku,tetapkan lah perasaan ini dan temukan kami setelah tercapai cita cita kami.. Dan kalau benar dia bukan jodoh aku jauh kan perasaan ini...Aku mohan lagi  Ya Allah bagilah aku perasaan cinta setelah aku memperoleh cita cita ku...jangan biarkan aku ditenggelami cinta sebelom SPM"... Dan sehingga kinilah,perasaan Rizzah tetap terhadap Haziq..








Adakah doa Rizzah termakbul,aku sebagai kawan harap termakbul kerana aku kesian kerana dia menitiskan air mata disebabkan takut bercinta...Sebab itu,Rizzah tidak pernah memberi tahu orang yang diminatinya bahawa dia menyukai orang itu..Dan sebab itu,dia selalu menolak cinta ii orang yang ingin menjadikannya kekasih...

Rakanku jatuh cinta

Rakanku Jatuh Cinta Lagi..

Hai..Assalamualaikum,aku senanye bosan tak tahu nak buat apa...Tapi memandangkan aku asyik ingat jalan hidup kawan aku yang tak abis minat orang ni minat orang tu,aku rasa kesian lak kat dia...



Ketika sekolah rendah,aku ada kawan nama dia Rizzah dan Asraf...Pada mulanya Asraf ni baik jek dengan Rizzah,ye la Rizzah kan baik orang dan pendiam.Pada suatu hari,Rizzah tak layan Asraf,mungkin sebab dalam kelas dia dah tak duduk satu kumpalan kerana cikgu dah tukar kan tempat,biasa lah sekolah rendah kan perangai macam apa kan.Mungkin Asraf rasa marah,jadi dia selalu kacau dan marah marah Rizzah sehingga Rizzah menanggis..Asraf berasa takut dan memujuk Rizzah,dan dari situ lah Rizzah menjadi suka kat dia..Tapi Asraf tak pernah amik tahu pun..Sehingga naik darjah 3,sorang kawan aku ni iaitu Hajar telah meberitahu kepada Asraf bahawa Rizzah suka terhadapnya dan Asraf telah memaki Hajar kerana menyebok hal orang..Kemudian pada darjah 4,Asraf telah bercinta dengan seorang budak perempuan dari kelas pertama,mereka juga selalu berbalas balas surat  di hadapan Rizzah tapi  dia buat macam tiada ape ape yang terjadi walaupun sebenarnya Rizzah jelouse.Tapi percintaan Asraf tak lama dan hadirnya seorang pelajar perempuan baru,setelah beberapa bulan Asraf melakukan macam mana dia selalu melaku aktiviti dia bersama dengan Rizzah dulu..Kemudian budak perempuan itu,telah menjadi adik angkat kepada kakakRizzah dan menyebabkan Rizzah susah nak bercakap dengan nye..Akhirnya,Rizzah terus move on sehingga meningkat ke darjah 5...Tetapi pada tahun itu Rizzah dan Asraf tidak lagi satu kelas,Asraf tetap di kelas kedua tatapi Rizzah telah menurun ke kelas ketiga..Tapi ketika Rizzah di kelas ketiga Rizzah selalu dipuji oleh setiap guru dan Rizzah juga selalu mendapat no.1 dalam kelas..Pada suatu hari,aku dan kawan yang lain telah mencari gaduh dengan Rizzah semata mata nak bagi kejutan kat dia sempena hari lahir nye..Dan pada hari sambutan itu ketika rehat Asraf telah datang ke kelas Rizzah,dia melihat ramai kawan kawan laki membuat lawak bodoh bagi Rizzah tertawa..Asraf memanggil Rizzah meminta maaf atas salah dia apa semua...Tapi pada waktu itu,Rizzah tidak punya perasaan cinta pada Asraf...Naik darjah 6 mereka telah bertukar kelas,iaitu Asraf ke Kelas ketiga dan Rizzah di kelas kedua... Ketika berada di tahun 6,Rizzah rapat dengan seorang pelajar baru yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Hariz. Beberapa bulan Rizzah terlalu rapat dengan Hariz menyebabkan rakan sekelas memikirkan mereka bercinta,hakikatnya tidak.Pada bulan 3 Rizzah telah jatuh sakit dan menyebabkannya masuk ke hospital,disebabkan terlalu rapat dan risau rakan sekelas benar benar yakin bahawa Rizzah dan Hariz bercinta walaupun telah berkali mereka berkata tidak.Setelah pulang dari hospital dan pergi ke sekolah,Hariz tiada kerana terlibat dalam bidang sukan selama seminggu.Sewaktu kelas tambahan Rizzah diganggu dan dikacau oleh rakan rakan Hariz dan menyebabkan Asraf marah kerana asyik memanggil Rizzah 'Hariz',mungkin dari situ Asraf menyedari cintanya terhadap Rizzah. Tiba masanya untuk menduduki UPSR,kedudukan Hariz terlalu jauh diantara Rizzah dan Asraf kerana mereka duduk bersebelahan..Setelah seminggu menjawab peperiksaan mereka menghabiskan masa dengan bermain careem di sudut belakang kelas Rizzah dan Hariz. Ketika sedang bermain careem adik Hariz datang ,aku dan rakan sekalas menjerit 'nak jumpa abang ke kakak' kami terus ketawe diikuti Hariz. Sambil Hariz berjalan ke arah adiknye,adiknye berkata 'nak jumpa abang,jumpa kakak lepas abis sekolah' kami ketawe dan Hariz tersenyum sambil menggaru kepalanye. Manakala Rizzah dan Asraf bertentangan mata dan Asraf terus menjeling Rizzah.Adik Hariz berani menyatakan itu kerana terlalu rapat dengan Rizzah.Ketika cuti sekolah Rizzah tidak tahu apa apa tentang dalam group whatapps kerana dia tidak mempunyai telefon. Tiba masa untuk mengambil keputusan UPSR Hariz,Rizzah dan Asraf mendapat keputusan yang cemerlang,ketika itu sahaja mereka bertegur sapa .








Ok nanti aku sambung cerita mereka dekat sekolah menengah ok